Wednesday, 19 June 2013

~KELEBIHAN MINYAK HABBATUSSAUDA~



Minyak Habbatus Sauda telah lama digunakan sebagai herba pencegah penyakit. Minyak Habbatus Sauda merangsangkan daya tahan badan dalam memerangi penyakit-penyakit.

CARA MENGGUNAKAN MINYAK HABBATUS SAUDA 

Batuk dan Semput
Sapukan Minyak Habbatus Sauda pada dada dan belakang. Campurkan satu sudu teh Minyak Habbatus Sauda ke dalam air mendidih dan hidu wapnya 2 kali sehari. Minum satu sudu teh Minyak Habbatus Sauda  setiap pagi.

Untuk sakit hidung, tekak dan tonsillitis
Campurkan beberapa titik minyak Habbatus Sauda ke dalam satu cawan air mendidih dan hidu wapnya.  Minum satu sudu teh minyak Habbatus Sauda yang dicampurkan dengan jus limau setiap hari.

Untuk Sakit Mata dan penglihatan yang kurang terang
Sapukan minyak Habbatus Sauda disekeliling mata dan kelopak mata. Minum setengah sudu teh minyak Habbatus Sauda yang dicampurkan dengan jus lobak merah. Bagi yang memiliki penglihatan pudar, teruskan kaedah ini.

Rambut Gugur & Pertumbuhan Uban Terlalu Awal
Sapukan kulit kepala seluruhnya dengan limau dan biarkan selama 15 minit. Cuci dengan air dan syampu dan keringkan rambut. Selepas itu, sapukan Minyak Habbatus Sauda kepada seluruh kulit kepala. Teruskan untuk beberapa minggu.

Sakit Belakang & Sengal-Sengal Tulang
Panaskan sedikit Minyak Habbatus Sauda dan sapukan kepada bahagian yang sakit. Minum setengah sudu teh minyak Habbatus Sauda selama 15 hari.

Sakit Kepala & Telinga
Sapukan Minyak Habbatus Sauda pada dahi, dan di bahagian sebelah muka hingga daerah telinga dan di belakang telinga. Minum setengah sudu teh Minyak Habbatus Sauda. Teruskan selama 3 hari.

Sakit Gigi
Kumuh air panas yang bercampurkan setengah sudu teh minyak Habbatus Sauda. Bubuhkan minyak Habbatus Sauda pada gigi yang sakit.


Cara Penyimpanan
Simpan di tempat berhawa kurang daripada 30°C. Tutup botol dengan ketat setelah dibuka.  Rujuk kepada bahagian bawah botol untuk tarikh akhir penggunaan. 
                                                          
KELEBIHAN2 : 
1. Asid Urik dan Gout
Membantu mengeluarkan asid urik dari badan dan mengelakkan dari terkena penyakit gout.
2. Asthma
Bahan “Nigellon” yang terdapat dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan kesukaran pernafasan dan serangan Asthma dan memberi menafaat dalam rawatan serangan yang terjadi ke atas pembuluh udara (bronchitis).
3. Selsema
Ia dapat menyembuhkan selsema.
4. Tekanan Darah Tinggi
Ia boleh merendahkan tekanan darah.
5. Alahan (Allergic)
Bahan “Nigellon” dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan pengeluaran bahan “Histamine” dan bahan-bahan yang menyebabkan kejadian alahan (allergic).
6. Pengeluaran Bahan Empedu (Bile)
Juzuk Karbonil dan Thymoquinone (dua kandungan asas di dalam Habbatus Sauda) mempunyai keupayaan dalam menambahkan pembuangan empedu dari pudi empedu, untuk mengelakkan dari kewujudan penyakit batu pundi empedu.
7. Melancarkan Pengeluaran Susu
Ia mempunyai kesan yang kuat ke atas pertambahan kelancaran pengeluaran susu pada ibu.
8. Kesendatan Pembuluh Darah (Thrombosis)
Ia mempunyai kesan ke atas sistem kesendatan pembuluh darah di dalam tubuh dan di luar tubuh. Maknanya darah yang mengalir akan berhenti dengan cepat akibat kecepatan pembekuan darah. Begitu juga ia mempunyai kesan ke atas kecergasan pemecahan fibrin di dalam darah tersebut.
9. Sistem Kekebalan (Immunity) Tubuh
Ia meningkatkan sistem kekebalan supaya dapat membunuh kuman-kuman (bacteria), virus atau sel-sel barah supaya dapat mengelakkan tubuh dari dijangkiti penyakit-penyakit.
10. Barah
Ia dapat melindungi tubuh dari wujudnya kesan-kesan beracun akibat kegunaan “Cisplatin”, yang digunakan dalam merawat bengkak-bengkak barah. Ubat “Cisplatin” ini, seperti lain-lain ubat yang digunakan untuk merawat bengkak-bengkak barah, menyebabkan kesan-kesan serangan sampingan (side effects).
11. Kuman-kuman
Ia amat aktif dan berkesan dalam membunuh beberapa jenis kuman seperti “E Coli”, “Strep.Fecalis” dan “Bacillus subtilis.” Ia juga mungkin berfaedah dalam melindungi gigi dari kejadian kerak-kerak kuning pada gigi (Plaques) dan kereputannya.
12. Cirit-Birit disebabkan Kuman
Ia dapat merawat masaalah ceret-beret dengan membunuh kuman-kuman yang menyebabkannya, seperti Kolerra, Shigella dan E.Colli yang berupaya menentang beberapa antibodi.
13. Kencing Manis
Ia dapat mengurangkan tahap kandungan gula di dalam darah.
14. Rheumatisme(masalah perubatan yang memberi kesan kepada sendi dan tisu penghubung)


DAPATKAN PATI DELIMA HARI INI 
DI MUSLIMAH'S SECRET 


SEBARANG PERTANYAAN, SILA HUBUNGI 04-441 2116


5 comments:

  1. Assalammualaikum.. ubat ni ada lagi tak.. saya nk beli.. email saya.. norhanamdshah@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Untuk gatal kulit atay alergik,camana cara penggunaan

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum semua nk kongsi boleh jika ada sakit : -
    • kanser tahap 1 2 3 dan 4 dah ada bnyak testimoni dan herba ini jugak sesuai untuk pesakit yang sedang melakukan kimo untuk tmbah selera makan,platelet darah dan rambut tidak gugur seperti pesakit yang buat kimo, cerdas boleh memasak dan jalan-jalan walau baru sehari kimo.
    • Darah tinggi
    • Masalah saraf dan stroke
    • cysts
    • Kitaran haid tidak teratur dan iktiar hamil, kerana salah satu punca sukar hamil apabila kitaran haid tidak teratur
    dan lain2 penyakit cuba berubat dgn saya mohd zuhairi bin noordin (017 4687570) cuba wasap saya atau call saya..Insya Allah mujarab dan mmpu milik dah bnyk testimoni2 yang dah sembuh tahap 4 dan penyakit2 lain.saya mengunakan pokok2 herba yang terpilih yang penting harga mmpu milik dan berkesan Insya Allah

    ReplyDelete